CFM 2026 Merdeka and Malaysia Day Greetings

August 26, 2026

Ucapan Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia CFM 2026


Hari Merdeka menandakan kebebasan kita daripada pemerintahan penjajah serta perjalanan kita menuju pembentukan sebuah negara yang berdaulat. Hari Malaysia pula menandakan detik apabila Malaya, Sabah dan Sarawak bergabung untuk membentuk sebuah negara baharu yang dikenali sebagai Malaysia.


Daripada pembentukan ini lahirlah satu identiti bersama. Tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang sejarah, kita semua adalah rakyat Malaysia — satu bangsa, yang disatukan sebagai satu negara.


Identiti bersama ini menyeru kita untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu demi kebaikan bersama seluruh rakyat Malaysia. Kita diamanahkan dengan kepelbagaian yang kaya, ikatan sosial yang kukuh serta sumber alam dan kekayaan negara yang melimpah — semuanya perlu kita urus dan pelihara demi kemakmuran, kesejahteraan dan kehidupan yang berkembang maju bagi setiap insan di negara ini.


Perpaduan tidak bermaksud keseragaman; sebaliknya, ia adalah perpaduan dalam kepelbagaian. Kekuatan kita terletak pada keupayaan untuk saling menghormati, meraikan perbezaan dan bekerjasama antara satu sama lain, sambil terus berpegang pada identiti, budaya dan kepercayaan masing-masing. Inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.


Janganlah kita menganggap remeh berkat keunikan negara kita ini. Apa yang telah dikurniakan kepada kita dari syurga boleh hilang sekiranya kita gagal menghargai dan memeliharanya. Kita mesti sentiasa berwaspada terhadap unsur-unsur yang memecahbelahkan, pandangan yang sempit serta ideologi ekstrem yang berusaha untuk meretakkan perpaduan kita dan mengancam masa depan yang kita kongsi bersama.


Sempena kita menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan sebagai sebuah negara yang merdeka, marilah kita dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang — lambang yang menyatukan kita — di rumah, tempat kerja dan rumah-rumah ibadat. Semoga kita terus melangkah bersama-sama, berganding bahu dengan sesama rakyat Malaysia dalam membina sebuah negara yang berteraskan saling menghormati, perpaduan, keadilan dan keamanan.


Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia yang penuh berkat dan bermakna.


Selamat Hari Merdeka & Selamat Hari Malaysia!


CFM 2026 Merdeka and Malaysia Day Greetings


Merdeka Day marks our freedom from colonial rule and the journey towards nationhood. Malaysia Day marks the moment Malaya, Sabah and Sarawak came together to form a new nation: Malaysia.

Out of that formation a shared identity was established. Regardless of ethnicity, religion or historical background, we are all Malaysians — one people, bound together as one nation.

That shared identity calls us to build a united society for the common good of all Malaysians. We are entrusted with a rich diversity, a strong social fabric and abundant national resources — ours to steward for the prosperity, wellbeing and flourishing of everyone in this nation.

Unity does not mean uniformity; it is unity in diversity. Our strength lies in our capacity to respect, celebrate and work alongside one another while holding on to our distinct identities, cultures and beliefs. This is what makes Malaysia special.

Let us not take these blessings of our nation's uniqueness for granted. What has been given to us from above can be lost if we fail to cherish and guard it. We must stay alert to divisive elements, narrow perspectives and extreme ideologies that seek to fracture our unity and threaten our shared future.

As we mark another milestone in our journey as an independent nation, let us proudly raise the Jalur Gemilang — the banner that unites us — in our homes, workplaces and houses of worship. May we continue to walk hand in hand with our fellow Malaysians, building a nation founded on mutual respect, unity, justice and peace.

The Christian Federation of Malaysia wishes all Malaysians a blessed and meaningful Merdeka Day and Malaysia Day.

Selamat Hari Merdeka & Selamat Hari Malaysia!


Rev Dr Eu Hong Seng
Chairman


Bishop Datuk Danald Jute
Vice Chairman


Archbishop Julian Leow
Vice Chairman


Bishop Ong Sek Leang
Vice Chairman


Share: